*gambar seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa*

Thursday, July 15, 2010

istiwak 'azam

Istiwak azam adalah fenomena matahari berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku pada 28 Mei dan 16 Julai. Fenomena ini boleh di ambil kesempatan oleh umat Islam di serata dunia untuk menentukan arah kiblat yang tepat bagi kawasan masing-masing. Ini kerana pada ketika itu matahari berada tepat di atas kaabah. Bayang-bayang objek pada waktu itu akan searah dengan kaabah.

Di Malaysia Istiwak 'azam akan berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang waktu Malaysia.

Untuk menentukan arah kiblat menggunakan kaedah ini dengan menggunakan sebatang objek yang tegak lurus dipacakkan diatas tanah lapang yang rata. Bayang objek tersebut mengarah matahari dan ia sejajar dengan arah kiblat.