*gambar seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa*

Friday, December 21, 2012

Doa Akhir Tahun

DOA AKHIR TAHUN:




Akhir Tahun

Segala puji bagi Allah,
Rob sekelian alam.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda
dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah....
Ya Tuhan ku,
apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini
perkara-perkara yang Engkau tegah aku lakukan
dan aku belum bertaubat daripadanya
sedangkan Engkau tidak redha
dan tidak melupakannya.

Ya Allah...
Aku telah melakukan tegahan Mu itu
sedang Engkau berupaya untuk menghukum aku,
namun Engkau mengilhamkan aku dengan taubat
selepas keberanian aku melakukan dosa-dosa itu.

Sesungguhnya aku memohon keampunan Mu.... ya Allah
Ampunilah aku.

Tidaklah aku melakukan apa-apa yang Engkau redhai ini
dan Engkau menjanjikan aku dengan pahala.
Maka aku memohon kepada Mu... Ya Allah
Wahai Tuhan!
Wahai yang Maha Pemurah!
Wahai Yang Maha Agung
Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat dari aku
dan janganlah Engkau menghampakan harapan aku kepada Mu
Wahai Yang Maha Pemurah.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad,
ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda
dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas mereka.


Amin....
Yaa Robal Alamin