Untuk menentukan arah kiblat menggunakan kaedah ini dengan menggunakan sebatang objek yang tegak lurus dipacakkan diatas tanah lapang yang rata. Bayang objek tersebut mengarah matahari dan ia sejajar dengan arah kiblat.
Thursday, July 15, 2010
istiwak 'azam
Untuk menentukan arah kiblat menggunakan kaedah ini dengan menggunakan sebatang objek yang tegak lurus dipacakkan diatas tanah lapang yang rata. Bayang objek tersebut mengarah matahari dan ia sejajar dengan arah kiblat.
Sunday, April 18, 2010
40 - Nota Jenis2 Tawaf
1- Tawaf Sunat - tawaf ketika masuk Masjidil Haram menggantikan solat sunat tahiyatul masjid.
2- Tawaf Umrah - tawaf semasa mengerjakan Umrah.
3- Tawaf Haji - tawaf semasa mengerjakan Haji.
4- Tawaf Nazar - bernazar tawaf jika tercapai hajat.
5- Tawaf Qudum - Tawaf Selamat Datang, ketika hari pertama tiba Mekah.
6- Tawaf Widak - Tawaf Selamat Tinggal, ketika sebelum meninggalkan Mekah.
Penerangan Ringkas Tawaf Qudum:
Bagi jemaah haji yang berniat Haji Ifrad atau Haji Kiran, lakukan Tawaf Qudum. Setelah selesai Tawaf Qudum, boleh langsung melakukan Saie Haji. Berpakaian Ihram sebab telah berniat Ihram Haji.
Bagi jemaah haji yang berniat Haji Tamattuk hanya melakukan Tawaf Umrah ketika memasuki Makkah dan disusuli dengan melakukan Saie Umrah dan Bertahallul Umrah. Berpakaian Ihram sebab telah berniat Ihram Umrah.
Tawaf Sunat, Tawaf Nazar dan Tawaf Widak dilakukan dengan berpakaian biasa jika jemaah telah bertahallul haji / umrah.
39 - Nota Tawaf
1- Bersih dari hadas kecil dan besar.
2- Suci badan / pakaian / tempat tawaf dari najis.
3- Menutup aurat.
4- Bermula dari sudut Hajar Aswad serta berniat tawaf.
5- Menjadikan Kaabah di sebelah kiri bahu dan berjalan kehadapan.
6- Berjalan dengan tujuan tawaf.
7- Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan sempurna dan yakin.
8- Dilakukan dalam Masjidil Haram dan diluar Hijir Ismail.
38 - Ziarah Rakan Haji - Tuan Haji Jamin
3-4-2010 Ziarah rakan haji di Kg Wang Kelian, Perlis.
Kebetulan pada hujung minggu tersebut saya dan
keluarga menghantar anak ke pusat pengajiannya di Perlis.
Isteri saya mencadangkan supaya kami terus menziarahi
rakan haji kami di Kg Wang Kelian, Perlis.
Alhamdulillah, perancangan kami diizinkan Allah swt.
Kami berjaya menemui rakan haji kami, ia- itu Tn Haji Jamin
dan isterinya Puan Hajjah Syarifah.
Syukor ... Alhamdulillah, mereka sihat wal-afiat.
Melihatkan sambutan yang diberikan oleh keluarga Haji Jamin,
terhadap kedatangan kami, ternyata
mereka amat gembira menerima kedatangan kami.
Kami juga dapat merasai keheningan suasana malam,
apabila dipelawa bermalam di sana.
Waktu pagi hari berikutnya,
kami di bawa ke pasar Wang Kelian yang terletak
di sempadan antara Malaysia dan Thailand.
Sebelum berpisah, kami sekali lagi dipelawa
oleh keluarga Haji Jamin, supaya datang lagi ke Wang Kelian.
Terima kasih Tn Haji Jamin dan Pn Hajjah Syarifah.
Gambar kenangan bersama Tn Haji Jamin dan Pn Hajjah Syarifah
ketika berada di Tanah Suci, Mekah.
Kami bersama semasa musim haji tahun 2009.
Tn Haji Jamin dan Pn Hajjah Syarifah,
bersama-sama dalam kumpulan jamrah kami
yang diketuai oleh Ustaz Adam Shyukri.
semasa ziarah kami itu.
semasa ziarah kami itu.
tersesat jalan dan memandu dilereng bukit,
akhirkan kami sampai juga ke kediaman keluarga
Tn Haji Jamin dan isterinya di Kg Wang Kelian.
Semoga Allah mengizinkan kami berkunjung lagi ke sana.
Aktif dalam Koperasi Pekebun Getah Kg Wang Kelian.
Saturday, April 17, 2010
37 - Nota 13 pantang larang dalam ihram.
1- Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum - lelaki sahaja.
2- Menutup kepala atau sebahagian darinya - lelaki sahaja.
3- Menutup muka - wanita sahaja.
5- Berwangi-wangian di badan atau pakaian, makan, minum atau mennghidu - lelaki dan wanita.
6- Memakai minyak di rambut, janggut dan semua bulu-bulu muka - lelaki dan wanita.
7- Menanggalkan rambut atau bulu-bulu badan - lelaki dan wanita.
8- Memotong kuku - lelaki dan wanita.
9- Menebang / memotong / mencabut pokok ditanah haram - lelaki dan wanita.
10- Memburu binatang buruan - lelaki dan wanita.
11- Berkahwin / mengawinkan / menerima wakil kahwin - lelaki dan wanita.
12- Melakukan pendahuluan persetubuhan - lelaki dan wanita.
13- Melakukan persetubuhan - lelaki dan wanita.
36 - Nota Ihram
atau ihram umrah, di mikat dan setelah itu, ia terikat dengan
13 pantang larang ihram, sehinggalah ia bertahallul.
Saturday, April 10, 2010
35 - Nota Mikat Tempat
1 - Qarnalmanazil.
Jika penerbangan terus dari Malaysia ke Mekah.
Pakai Ihram di Kelana Jaya.
Niat di atas kapalterbang ketika melintasi Qarnalmanazil.
2 - Bir Ali.
Jika ke Mekah setelah berada di Madinah.
Dari Madinah ke Bir Ali dengan kenderaan yang disediakan.
Pakai Ihram dan Niat sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah.
Mikat Umrah setelah berada di Mekah:
1- Thanaim (lokasi paling dekat)
2- Jahranah
3- Hudaibiah
Setelah berada di Mekah dan ketika menantikan hari wukuf,
jemaah haji yang memilih Haji Tamattuk boleh melakukan
Umrah beberapa kali mengikut kemampuan masing-masing.
Caranya dengan menyewa kereta sewa menuju ke mana-mana
lokasi mikat umrah tersebut dan berniat ihram di sana.
Kemudian kembali ke Mekah dan menyelesaikan tawaf, saie
dan tahallul dengan bercukur.
34 - Nota Jenis Haji
1 - Haji Ifrad - melakukan haji dulu dan umrah kemudian.
2 - Haji Kiran - melakukan haji dan umrah serentak. Kena dam.
3 - Haji Tamattuk - melakukan umrah dahulu dan kemudian haji. Kena dam.
33 - Nota Wajib Haji
Meninggalkan wajib haji tidak membatalkan kerja haji.
Meninggalkan dengan sengaja adalah berdosa.
Wajib dam.
- Niat Ihram di Mikat
- Meninggalkan 13 Pantang dalam Ihram
- Mabit di Musdalifah
- Melontar Jamrah Kubro
- Mabit di Mina
- Melontar ke Tiga-tiga Jamrah di hari Tasyrik
33 - Nota Rukun Haji
Meninggalkan rukun ini membatalkan kerja haji.
- Niat Ihram Haji
- Wukuf
- Tawaf
- Saie
- Bercukur atau Bergunting
- Tertib Pada Kebanyakan Rukun
Thursday, April 8, 2010
31 - Lokasi Mekah dari Malaysia
Pergerakan kerja Haji:
1- Mekah ke Arafah untuk WUKUF.
2- Arafah ke Musdalifah untuk MABIT di Musdalifah.
3- Musdalifah ke Mina untuk MABIT di Mina serta MELONTAR JAMRAH dan BERCUKUR untuk Tahallul Awal.
4- Mina ke Mekah untuk TAWAF serta SAIE untuk Tahallul Thani.
Pandangan dari atas, Masjidil Haram.
Kedudukan Mekah dari Malaysia