*gambar seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa*

Saturday, November 26, 2011

Ayat 1000 Dinar


Amalkanlah secara istikamah membaca Ayat 1000 Dinar ini, sebanyak 3 kali:
Setiap selesai solat 5 waktu.
Sebelum tidor.
Ketika keluar rumah.

Fadhilat ayat ini:

InsyaAllah.....
Beroleh faedah2 diluar dugaan.
Hati akan menjadi tenang.
Pekerjaan akan dipermudahkan oleh Allah.
Jika sedang menghadapi masalah, akan ditunjuki oleh Allah jalan keluar/penyelesaian.
Untuk pelajar akan mudah mendapat ilmu.
Dikurniakan Allah beroleh kejayaan.
Dikurniakan Allah beroleh kemuliaan.
Beroleh rezeki yang banyak yang tidak disangka-sangka.
Akan dimakbulkan Allah, hajat.
Terlindung dari bala di darat dan di laut.
Disembuhkan sakit oleh Allah.
Dilindungi Allah dari kezaliman dan kejahatan manusia.



Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya.
Dan barangsiapa yang berserah diri kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya, sesungguhnya Allah tetap melakukan segara perkara yang dikehendakiNya.
Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ayat 2 & 3 surah At Talaq.


Saturday, November 19, 2011

Hari Asyura - 10 Muharam

Hari ke 10 dalam bulan Muharam dalam takwim Islam lazim dikenali dengan Hari Asyura.
Ia sering dikaitkan dengan memperingati peristiwa Nabi Noh semasa kejadian banjir besar yang menenggelamkan kebanyakkan daratan di muka bumi ini.

Amalan-amalan yang disunatkan pada hari Asyura ini adalah:

1- Mandi sunat hari Asyura.
2- Bercelak.
3- Membaca Surah Al-Ikhlas.
4- Solat Sunat Hari Asyura 4 rokaat.
5- Puasa Sunat Hari Asyura.
6- Menjamu orang berbuka puasa.
7- Berbelanja untuk anak dan isteri.
8- Memuliakan orang fakir/miskin.
9- Bersedekah kepada orang fakir dan miskin.
10- Mengusap kepala anak yatim.
11- Menahan marah.
12- Membantu orang yang sesat.
13- Memelihara kehormatan diri.

Awal Muharam

Muharam adalah bulan pertama dalam kalender/takwim Islam iaitu Hijrah. Ia lazim dikaitkan dengan peristiwa hijrah Rasullullah dari Mekah ke Madinah. Peristiwa tersebut adalah ditetapkan sebagai permulaan 1 Muharam 0001 Hijrah. Ia bersamaan dengan 17 Julai 622 tahun Masihi, hari Khamis. Kiraan kalender Islam - Hijrah berasaskan putaran bulan. Ia mengandungi 12 bulan setahun.

Amalan sunat yang disarankan dibuat adalah:

1- Puasa sunat 1 hari dalam bulan Muharam, pahala seumpama puasa 30 tahun.
2- Puasa sunat 3 hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, pahala seumpama beribadat selama 2 tahun.
3- Perbanyakkan solat sunat dan zikir atau seumpamanya.
4- Berdoa Akhir Tahun selepas solat Asar atau sebelum masuk waktu Mahgrib 1 Muharam.
5- Berdoa Awal Tahun selepas masuk waktu Maghrib 1 Muharam.


Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun:
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.