TAWAF:
Suasana di Masjidil Haram tidak pernah sepi. Sepanjang masa akan ada jemaah mengerjakan ibadat di sana. Miskipun jika anda kunjungi pada jam 3:00 pagi, di Masjidil Haram masih ramai jemaah. Malah kita tidak terasa ketika itu adalah jam 3:00 pagi, kerana suasana di Masjidil Haram, sama sahaja samaada pada siang atau malam. Jemaah yang beribadat, bertawaf dan saie tak pernah berhenti melainkan diwaktu solat 5 waktu. Oleh itu untuk panduan menghadapi kesesakan ini, pertimbangkan pengalaman jemaah yang lalu ini.
Tawaf di dataran tawaf disekeliling Kaabah boleh diselesaikan dalam masa 15 minit jika dibuat berterusan berbanding 45 minit jika dibuat ditingkat atas. Di dataran tawaf memang sesak terutama di sudut Hajar Aswad, makam Ibrahim dan sudut Yamani. Di sudut Hajar Aswad sesak disebabkan ia tempat pertembungan jemaah yang sedang tawaf dengan jemaah yang berhajat mengucup Hajar Aswad dan jemaah yang sedang memulakan tawaf. Di lokasi makam Ibrahim sesak disebabkan jemaah bergerak mengelak binaan makam Ibrahim. Pergerakan akan lancar jika kita menurut aliran gerakan, tidak bertolak-tolak atau potong memotong. Banyakkan bersabar dengan memberikan tumpuan kerja tawaf yang dilakukan.
Untuk mengelakkan kesesakan ini, gunakan kaedah lilitan spring. Anda boleh mulakan masuk dataran tawaf di mana-mana sudut Kaabah yang agak longgar. Gerak mengelilingi Kaabah mengikut pergerakan jemaah. Jangan bertolak-tolak atau memotong jemaah dihadapan. Mulakan niat sebaik sampai di garisan mula pada sudut Hajar Aswad. Sambil bergerak mengelilingi Kaabah perlahan-lahan dengan gerakan semangkin menghampiri ke sisi Kaabah seperti lilitan spring. Pastikan Kaabah berada di sisi bahu kiri anda pada kedudukan yang betul. InsyaAllah dgn cara ini, anda akan merasa ia mudah hingga selesai 7 pusingan. Gunakan tasbih tawaf 7 biji untuk membantu mengingati kiraan bilangan tawaf. Jika ragu, cukupkan sehingga yakin 7 pusingan. Tawaf mesti berakhir di garisan pada sudut Hajar Aswad.
Untuk keluar, anda jangan terus menghalang arus gerakan jemaah yang sedang tawaf. Sebaliknya anda menyisih keluar secara perlahan-lahan menuju ketepi dataran tawaf. InsyaAllah anda akan dapat menyisih keluar ketika berada di belakang makam Ibrahim. Antara makam Ibrahin hingga sudut Yamani kepadatan jemaah agak longgar. Gerakan langkah sedikit laju berbanding diantara sudut Yamani hingga makam Ibrahim.
Jika anda memilih untuk membuat tawaf di tingkat atas, pastikan anda cukup bertenaga. Ia akan mengambil masa 45 minit walaupun kepadatan agak longgar. Tawaf ditingkat atas ini, selain ia mengambil masa yang lama, tiang2 masjid menjadi gangguan untuk memastikan Kaabah berada di kedudukan yang betul di bahu kiri anda, terutamanya ketika mengelak tiang2 tersebut. Anda perlu berjalan mengereng ketika memintas tiang2 tersebut untuk memastikan Kaabah berada betul2 bahu kiri anda.
Bagi jemaah yang kurang upaya, boleh menggunakan kerusi roda, ada disediakan laluan khas untuk kerusi roda di tingkat ini. Jemaah yang sihat dilarang menggunakan laluan ini untuk mengelakkan berlaku kesesakan atau kecederaan terlanggar kerusi roda.
Doa-doa tawaf jika ingin diamalkan ketika tawaf, hendaklah dihafal dan dilazimkan semenjak anda di tanah air lagi. Semasa anda berasak-asak tawaf, anda tak berpeluang untuk membuka dan membaca doa-doa tersebut. Jika anda berat hafalan, bacalah apa-apa wirid , zikir atau doa yang telah anda hafal. Cara ini anda tidak hilang tumpuan tawaf dengan memastikan Kaabah berada betul di sisi bahu kiri anda setiap masa semasa mengelilinginya.
Semoga penerangan ini dapat memberi gambaran kpd anda suasana ketika tawaf di Masjidil Haram.