*gambar seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa*

Sunday, December 25, 2011

Ayat Kursyi

Ayat Kursyi:

Marilah sama-sama kita amalkan, semoga kita mendapat perlindungan Allah swt. Amin..!

HIKMAH AYAT KURSYI MENGIKUT HADIS
1- Barang siapa membaca ayat Kursyi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah swt mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga Subuh

2- Barang siapa membaca ayat Kursyi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah swt hingga sembahyang yang lain

3- Barang siapa membaca ayat Kursyi diakhir tiap solat, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah swt memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya

4- Barang siapa membaca ayat Kursyi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah swt menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan rahmat padanya

5- Barang siapa membaca ayat Kursyi sebelum keluar rumahnya, maka Allah swt mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya

6- Barang siapa membaca ayat Kursyi di akhir solat, Allah swt akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid

7- Barang siapa yang membaca ayat Kursyi ketika dalam kesempitan nescaya Allah swt berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursyi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).


Saturday, December 24, 2011

Surah Al-Baqarah


Pagi ini saya terbaca satu artikal pendek mengenai satu surah dari Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah. Surah kedua selepas Al-Fatihah. Menurut artikal tersebut surah ini berguna untuk menghalau jin. Diselitkan beberapa hadith yang menganjurkan beberapa cara untuk mengelakkan diri dari gangguan jin ini. Juga disebut satu riwayat, Umar Al-Khattab yang telah mengalahkan syaitan, dimaklumkan oleh syaitan tersebut, "Surah Al-Baqarah. Tidak ada satu ayat pun daripadanya yang dibaca di tengah-tengah syaitan yang ramai melainkan mereka lari bertempliaran. Jika dibaca di dalam rumah, nescaya tidak akan masuk ke dalamnya."

Ada juga hadith yang menyarankan membaca dua ayat penutup surah Al-Baqarah ini yang menjadi penyelamat bagi dirinya. Jika kedua-dua ayat ini dibaca selama tiga malam di dalam sebuah rumah, pasti syaitan tidak akan mendekatinya.

Sebagaimana surah Al-Fatihah, membaca surah Al-Baqarah ini menjadikan doa mudah terkabul.

Setelah disemak dari Al-Quran, saya mendapati dua ayat penutup surah Al-Baqarah ini, lazim dibaca ketika majlis-majlis tahlil. Malah dua ayat ini ada dalam wirid Al-Makthurat.

Marilah sama-sama kita amalkan untuk perlindungan diri kita dari gangguan syaitan dan jin yang kita tidak dapat melihatnya.

Wallahu a'lam.



Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa membaca dua ayat di akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya Allah taala akan menjaganya dari segala gangguan musuh dan syaitan.”


Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya Allah taala telah mengakhiri surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang mana ianya adalah perbendaharaan Allah di bawah ‘Arasy, maka belajarlah kamu akan ayat itu dan ajarkanlah ia kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu. Maka sesungguhnya ia adalah solat, doa dan Quran.”

Friday, December 9, 2011

Gerhana Bulan Penuh Di Malaysia

Gerhana Bulan Penuh 10/12/2011 @ 15 Muharam 1433H

Gerhana bulan penuh berlaku hari ini di Malaysia pada 10/12/2011 mulai jam 7:30 malam atau bersamaan 15 Muharam 1433 H.

Di Ipoh cuaca mendung berikutan hujan lebat yang turun sejak kira-kira jam 5:00 petang menyebabkan bulan penuh 15 Muharam 1433 H terlindung dibalik awan mendung.
Gambar berikut ini diambil di Ipoh mengguna kamera digital canon PowerShot SX100IS.

Jam 8:31 malam cahaya bulan dibalik awan mendung.

Jam 9:11 malam bulan masih cerah dicelah2 awan.
Menggunakan camera digital dan dilaras pada ISO 1600, jasad bulan dapat dilihat.


Bulan hampir dilindungi oleh bayang2 bumi.






Gerhana bulan penuh.


Islam menganjurkan umatnya mendirikan solat sunat gerhana ketika berlaku fenomena alam ini. Fenomena ini menggambarkan kekuasan Allah swt. Solat ini boleh dilakukan secara sendirian atau pun berjemaah.

Cara menunaikan solat sunat gerhana:

Berdiri dan niat solat gerhana
Takbir
Baca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah
Rukuk
I'tidal
Baca Al-Fatihah dan Surah Al-Imran
Rukuk
I'tidal
Sujud
Duduk antara 2 sujud
Sujud
Berdiri untuk rakaat kedua
Baca Al-Fatihah dan Surah An-Nisa'
Rukuk
I'tidal
Baca Al-Fatihah dan Surah Al-Maidah
Rukuk
I'tidal
Sujud
Duduk antara 2 sujud
Sujud
Tahiyyat akhir
Salam


Semoga kejadian ini membawa keinsafan kepada untuk mengabdikan kepada Allah swt.
Amin...!