*gambar seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa*

Saturday, December 24, 2011

Surah Al-Baqarah


Pagi ini saya terbaca satu artikal pendek mengenai satu surah dari Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah. Surah kedua selepas Al-Fatihah. Menurut artikal tersebut surah ini berguna untuk menghalau jin. Diselitkan beberapa hadith yang menganjurkan beberapa cara untuk mengelakkan diri dari gangguan jin ini. Juga disebut satu riwayat, Umar Al-Khattab yang telah mengalahkan syaitan, dimaklumkan oleh syaitan tersebut, "Surah Al-Baqarah. Tidak ada satu ayat pun daripadanya yang dibaca di tengah-tengah syaitan yang ramai melainkan mereka lari bertempliaran. Jika dibaca di dalam rumah, nescaya tidak akan masuk ke dalamnya."

Ada juga hadith yang menyarankan membaca dua ayat penutup surah Al-Baqarah ini yang menjadi penyelamat bagi dirinya. Jika kedua-dua ayat ini dibaca selama tiga malam di dalam sebuah rumah, pasti syaitan tidak akan mendekatinya.

Sebagaimana surah Al-Fatihah, membaca surah Al-Baqarah ini menjadikan doa mudah terkabul.

Setelah disemak dari Al-Quran, saya mendapati dua ayat penutup surah Al-Baqarah ini, lazim dibaca ketika majlis-majlis tahlil. Malah dua ayat ini ada dalam wirid Al-Makthurat.

Marilah sama-sama kita amalkan untuk perlindungan diri kita dari gangguan syaitan dan jin yang kita tidak dapat melihatnya.

Wallahu a'lam.



Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa membaca dua ayat di akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya Allah taala akan menjaganya dari segala gangguan musuh dan syaitan.”


Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya Allah taala telah mengakhiri surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang mana ianya adalah perbendaharaan Allah di bawah ‘Arasy, maka belajarlah kamu akan ayat itu dan ajarkanlah ia kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu. Maka sesungguhnya ia adalah solat, doa dan Quran.”

No comments:

Post a Comment