*gambar seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa*

Monday, January 2, 2012

Zikir Hari Ahad

yaa-hay-yu-yaa qay-yumm.
Maksudnya:
Yang Maha Hidup, Yang Maha Mentadbir


Dibaca sebanyak 1,000 kali pada hari Ahad.


InsyaAllah fadhilatnya:
Dipelihara imannya oleh Allah.
Allah hidupkan kita dan diberi peliharaanNya.



Marilah kita sama-sama beramal untuk mendapat peliharaanNya.

Sunday, January 1, 2012

Zikir Hari Sabtu

laa-i-laa-ha-il-lAl-lah.
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Allah


Dibaca sebanyak 1,000 kali pada hari Sabtu.



InsyaAllah fadhilatnya:
Dihapuskan oleh Allah, dosa anggota yang kita yang tujuh.
Dikurniakan oleh Allah, senang hati, aman dan tenteram.


Marilah kita sama-sama beramal, semoga dikurniakan Allah ketenteraman hati dan jiwa.

Zikir Hari Jumaat

ya-Allah ya-Allah ya-Allah.

Makasudnya:
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah

Dibaca sebanyak 1,000 kali pada hari Jumaat.


InsyaAllah Fadhilatnya:
Dihampirkan rahmat Allah dan dijauhkan dari azab Allah.
Allah hampir kepada kita.
Allah anugrahkan kita rasa suka/rajin/nikmat/lazat untuk beramal ibadah, solat, islam atau tidak malu menutup aurat bagi yang wanita/perempuan.


Marilah sama-sama kita beramal, semoga kita cinta untuk berbuat ibadah.

Zikir Hari Khamis

sub-haa-nAl-lah-hil-'azii-mi wa-bi-ham-dih.
Maksudnya:
Maha Suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi Nya


Dibaca sebanyak 1,000 kali pada hari Khamis.


InsyaAllah fadhilatnya:
Tumbuh tanaman Syurga baginya.
Sekali sebut, tumbuh satu pohon Syurga untuknya di Taman Syurga.
Allah ampunkan dosa sebanyak buih di laut.


Marilah sama-sama kita beramal, semoga mendapat keampunan Allah swt.

Zikir Hari Rabu

as-taq-fir-rul-llah-hal-'aziim
al-la-zii laa-i-laa-ha-il-laa-hu-wal-hay-yul-qay-yu-mu
wa-a-tuu-bu-i-laih.

Dibaca sebanyak 1,000 kali pada hari Rabu.


InsyaAllah fadhilatnya:
Dihapuskan 1,000 dosa.
Untuk membersihkan hati. Sekali sebut hilang satu titik hitam dalam hati kita. Satu titik hitam dihati adalah dari satu dosa. Jika tidak mohon maaf, walaupun sembayang, kita akan masuk Neraka selama banyak mana titik hitam tersebut berada dalam hati kita.


Marilah sama-sama kita beramal, semoga dibersihkan hati kita.

Zikir Hari Selasa

Allah-hom-ma sol-lii 'alaa sai-yi-di-naa Muhammad.
Maksudnya:
Ya Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW
dan keluarga serta sahabat Baginda


Dibaca sebanyak 1,000 kali pada hari Selasa.


InsyaAllah fadhilatnya:
Dapat Syafaat Nabi Muhammad pada Hari Kiamat
Allah ampunkan dosanya 1 tahun.
Boleh juga dibaca Selawat ke atas Nabi ini dari versi yang panjang.


Marilah sama-sama kita beramal, semoga subur kasih sayang kita pada Rasul saw dan mendapat Syafaatnya.

Zikir Hari Isnin

laa-hau-la-wa-laa quw-wa-ta-il-laa bil-lah-hil-'ali-yil-'aziim.
Maksudnya:
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah
yang Maha Tinggi lagi Maha Agung


Dibaca sebanyak 1,000 kali pada hari Isnin.

InsyaAllah fadhilatnya:
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.
Satu kalimat seumpama satu Bukit Uhud.
Banyak kali disebut akan menghilangkan sifat menunjuk-nunjuk, keji, riak, takabbur, sayangkan dunia dan sebagainya.

Marilah sama-sama kita amalkan zikir ini.

Doa Awal Tahun


Doa Awal Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Akhir Tahun


Akhir Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Nota - Azam Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2012.
Tentunya kita sudah mempunyai azam tahun baru 2012 ini.
Untuk panduan bersama, bagaimana kita merancang azam baru ini.


Rancang Sasaran:

Gunakan konsep SMART - Specific, Measurable, Achieable, Realistic dan Time-Bound.

S - Specific - Sasaran mestilah jelas dan khusus, tidak umum. Hasrat yang hendak dicapai mestilah jelas. Sasaran yang jelas memudahkan kita bertindak kearahnya.
Contohnya: Menabung duit sebanyak RM 10,000.00 setahun.
Contoh tidak khusus : Menabung wang banyak, menjadi kaya raya......, lulus peperiksaan.

M - Measurable - Sasaran mestilah boleh disukat atau diukur. Banyak mana yang disasarkan...?
Contohnya: nilai RM 10,000.00, Sebuah rumah, Sebuah kereta, Lulus 8A...

A - Achievable - Sasaran mestilah munasbah dan boleh dicapai. Dalam kemampuan diri sendiri. Pertimbangkan, jika pada situasi kita yang ada sekarang, bolehkan ia dicapai. RM10,000.00 dgn RM 1 juta yang mana munasabah boleh dicapai dengan usaha keras.

R - Realistic - Sasaran mestilah jejak dialam nyata, bukan khayalan. Jika khayalan, mustahil untuk dicapai. Kita tidak merancang untuk yang mustahil.

T - Time-bound - Sasaran mestilah ada tempoh atau jangka masa untuk dicapai. Berikan tempoh yang wajar berdasarkan kesukaran untuk dicapai. Lazimnya tempoh 1 tahun. Tentukan bila tarikh sasaran untuk dicapai.
Contohnya: Akhir tahun 2012 pada tarikh 31 Dis 2012.


Contoh Sasaran:
Sasaran saya Tahun 2012 ini untuk menambah tabungan tunai saya sebanyak RM10,000.00 pada 31 Disember 2012. (Tabungan saya sekarang berjumlah RM30,000.00. Di akhir tahun 2012 nanti, tabungan saya mestilah berjumlah RM40,000.00.)

Peringatan...
Sasaran hendaklah memberi sedikit cabaran kepada diri dan minda kita. Jika terlalu mudah untuk dicapai, ia akan melemahkan daya usaha kita, kerana dengan tidak berbuat apa-apa pun ia boleh dicapai. Dengan sedikit cabaran akan membuatkan minda kita bekerja untuk merancang tindakan kearah mencapai sasaran.

Tulis azam sasaran kita itu dalam Buku Harian supaya boleh dibaca setiap hari untuk memperingatkan diri kita, itulah azam kita. Tak perlu war-warkan azam kita ini. Cukuplah diri sendiri yang mengetahui nya supaya tidak terasa malu jika tidak mencapainya atau mungkin menjadi bahan ketawa orang2/rakan2 yang mengetahuinya.

Rancang Pelantindak:

Contoh pelantindak:
1- menabung sebanyak RM 834.00 sebulan.
2- mengurangkan perbelanjaan bill yang tidak mustahak.
3- meningkatkan pendapatan bulanan dengan membuat jualan.
4- dan......... fikirkan sendiri berdasarkan sasaran kita.

Bertindak Mengikut Perancangan:

Contoh:
Pastikan buat tabungan setiap bulan... buat rekod tabungan bulanan.
Bertindak untuk mengurangkan bayaran bil-bil yang tidak perlu.
Jika ahli MLM, tingkatkan jualan.


Semak Pencapaian:
Secara berkala buat semakkan pencapaian sasaran ini., supaya dapat kesan awal sama ada ia menuju atau menyimpang sasaran yang dihasratkan. Umpamanya, pada bulan ke3, tabungan sepatutnya RM32,502.00 (tambahan RM 2,502.00). Jika dilihat terpesong, segeralah bertindak membetulkannya. Mungkin bulan berikutnya perlu digandakan tabungan dan seumpamanya.
Semak dan pinda pelantindak jika tidak berkesan atau tidak lagi bersesuaian.

Kuatkan azam dan berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai sasaran tersebut.
Terus bertindak hingga akhir tempoh sasaran. Jangan lupa berdoa. Ia juga dapat membantu azam tercapai.


Ingatlah:
Jika Kita Gagal Untuk Merancang, Sebenarnya Adalah Kita Merancang Untuk Kegagalan

Sekian. Semoga berjaya.