Selamat Tahun Baru 2012.
Tentunya kita sudah mempunyai azam tahun baru 2012 ini.
Untuk panduan bersama, bagaimana kita merancang azam baru ini.
Rancang Sasaran:
S - Specific - Sasaran mestilah jelas dan khusus, tidak umum. Hasrat yang hendak dicapai mestilah jelas. Sasaran yang jelas memudahkan kita bertindak kearahnya.
Contohnya: Menabung duit sebanyak RM 10,000.00 setahun.
Contoh tidak khusus : Menabung wang banyak, menjadi kaya raya......, lulus peperiksaan.
M - Measurable - Sasaran mestilah boleh disukat atau diukur. Banyak mana yang disasarkan...?
Contohnya: nilai RM 10,000.00, Sebuah rumah, Sebuah kereta, Lulus 8A...
A - Achievable - Sasaran mestilah munasbah dan boleh dicapai. Dalam kemampuan diri sendiri. Pertimbangkan, jika pada situasi kita yang ada sekarang, bolehkan ia dicapai. RM10,000.00 dgn RM 1 juta yang mana munasabah boleh dicapai dengan usaha keras.
R - Realistic - Sasaran mestilah jejak dialam nyata, bukan khayalan. Jika khayalan, mustahil untuk dicapai. Kita tidak merancang untuk yang mustahil.
T - Time-bound - Sasaran mestilah ada tempoh atau jangka masa untuk dicapai. Berikan tempoh yang wajar berdasarkan kesukaran untuk dicapai. Lazimnya tempoh 1 tahun. Tentukan bila tarikh sasaran untuk dicapai.
Contohnya: Akhir tahun 2012 pada tarikh 31 Dis 2012.
Contoh Sasaran:
Sasaran saya Tahun 2012 ini untuk menambah tabungan tunai saya sebanyak RM10,000.00 pada 31 Disember 2012. (Tabungan saya sekarang berjumlah RM30,000.00. Di akhir tahun 2012 nanti, tabungan saya mestilah berjumlah RM40,000.00.)
Peringatan...
Sasaran hendaklah memberi sedikit cabaran kepada diri dan minda kita. Jika terlalu mudah untuk dicapai, ia akan melemahkan daya usaha kita, kerana dengan tidak berbuat apa-apa pun ia boleh dicapai. Dengan sedikit cabaran akan membuatkan minda kita bekerja untuk merancang tindakan kearah mencapai sasaran.
Tulis azam sasaran kita itu dalam Buku Harian supaya boleh dibaca setiap hari untuk memperingatkan diri kita, itulah azam kita. Tak perlu war-warkan azam kita ini. Cukuplah diri sendiri yang mengetahui nya supaya tidak terasa malu jika tidak mencapainya atau mungkin menjadi bahan ketawa orang2/rakan2 yang mengetahuinya.
Rancang Pelantindak:
Contoh pelantindak:
1- menabung sebanyak RM 834.00 sebulan.
2- mengurangkan perbelanjaan bill yang tidak mustahak.
3- meningkatkan pendapatan bulanan dengan membuat jualan.
4- dan......... fikirkan sendiri berdasarkan sasaran kita.
Bertindak Mengikut Perancangan:
Contoh:
Pastikan buat tabungan setiap bulan... buat rekod tabungan bulanan.
Bertindak untuk mengurangkan bayaran bil-bil yang tidak perlu.
Jika ahli MLM, tingkatkan jualan.
Semak Pencapaian:
Secara berkala buat semakkan pencapaian sasaran ini., supaya dapat kesan awal sama ada ia menuju atau menyimpang sasaran yang dihasratkan. Umpamanya, pada bulan ke3, tabungan sepatutnya RM32,502.00 (tambahan RM 2,502.00). Jika dilihat terpesong, segeralah bertindak membetulkannya. Mungkin bulan berikutnya perlu digandakan tabungan dan seumpamanya.
Semak dan pinda pelantindak jika tidak berkesan atau tidak lagi bersesuaian.
Kuatkan azam dan berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai sasaran tersebut.
Terus bertindak hingga akhir tempoh sasaran. Jangan lupa berdoa. Ia juga dapat membantu azam tercapai.
Ingatlah:
Jika Kita Gagal Untuk Merancang, Sebenarnya Adalah Kita Merancang Untuk Kegagalan
Sekian. Semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment