*gambar seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa*

Monday, December 28, 2009

11 - Ziarah Lokasi Kerja Haji Sebelum Hari Haji - Araffah dan Mina.


Araffah - beberapa hari lagi Wukuf.
Lawatan bertujuan untuk melihat Araffah
sebelum hari Wukuf. Amat luas dan mengelirukan
jika tidak tak biasa dengan lokasi ini. Jangan cuba
gerak kesini tanpa arahan TH, boleh menyesatkan.
Bagaimana pun ini bukan lokasi penempatan
jemaah haji Malaysia.


Araffah - contoh tandas yang akan digunakan
semasa Wukuf nanti.


Araffah - tandas bukan masalah besar di Araffah.
Tempoh tinggal disini cuma 1 hari, waktu asar
masuk dan gerak keluar selepas asar/maghrib
hari berikutnya.


Masjid di Araffah.

Mina - contoh lokasi tempat penginapan di Mina
untuk selama 3 hari. Khemah ini belum dipasang
kain dinding pemisah dan karpet sebagai alas duduk.
Ia lengkap dengan air-con. Masalah utama disini
adalah bilik air dan tandas yang terpaksan berkongsi
dengan ramai jemaah haji dan perlu berbaris lama.
Disinilah ujian kesabaran setiap jemaah haji.


Mina - tiang bulat itu, katanya adalah
tiang projek LRT untuk masa depan utk
pengankutan jemaah haji dari Makkah. Bagaimana
pun, tiada maklumat rasmi berkenaan projek ini.


Mina - kerja2 persediaan haji 2009 sdg giat
dilakukan.










Mina - khemah haji bagaikan cendawan tumbuh.








Mengikut cakap-cakap jemaah haji yang
berpengalaman, khemah2 ini tidak dirombak
selepas setiap kali musim haji, ia cuma dibuka
kain dinding dan karpet alas duduk. Air-con nya
akan dibalut dengan kain penutup dan akan
dibuka semasa musim haji akan datang. Berbeza
dengan khemah2 di Araffah yang akan dipasang
dan dirombak setiap kali musim haji.


No comments:

Post a Comment