- Tentera Qurais dari Makkah yg di pimpin oleh Khalid Al-Walid ( sebelum Islam) datang menyerang Madinah dengan jumlah beribu tentera.
- Tentera Islam di Madinah yang cuma beberapa ratus orang memutuskan untuk bertahan di Bukit Uhud.
- Rasulullah telah memerintahkan tentera pemanah bertahan di atas bukit dan tidak turun dari bukit itu walau apa pun yang terjadi di bawah bukit.
- Setelah bertempur, tentera Khalid Al-Walid kalah dan berundur.
- Setelah tentera kafir berundur, tentera Islam memungut harta rampasan perang.
- Tentera pemanah yang berada di atas bukit, teruja untuk turut sama mengambil harta rampasan perang, lalu turun dari atas bukit. Ada beberapa tentera pemanah yang lain menasihati rakan-rakannya supaya mematuhi arahan Rasullullah supaya terus berada di atas bukit pasukan pemanah, tetapi tidak diendahkan.
- Khalid Al-Walid yang sedang bergerak undur nampak kelemahan tentera Islam yang meninggalkan pertahanan di atas bukit pasukan pemaanah itu, lalu mengarahkan tenteranya menyerang balik dari arah belakang bukit pasukan pemanah.
- Serangan balas Khalid Al-Walid ini menyebabkan tentera Islam kucar-kacir. Rasullullah turun tercedera setelah jatuh lubang dan pengsan.
- Tentera Islam yang melindungi Rasullullah membawa baginda berlindung ke sebuah bukit yang berhampiran.
- Tentera kafir terus mengejar Rasullullah ke atas bukit tersebut tapi gagal kerana bukit tersebut bergegar setiap kali tentera kafir cuba mendakinya. Akhirnya tentera kafir merasa telah berjaya mengalahkan tentera Islam lalu berundur.
- Para sahabat yang berlindung bersama Rasullullah berasa khuatir tentera Khalid Al-Walid pergi menyerang keluarga mereka di Madinah yang terletak tidak jauh dari Bukit Uhud itu.
- Baginda mengarahkan pasukan peninjau merisik pergerakan tentera kafir samada menggunakan kuda atau unta.
- Pasukan peninjau memaklumkan tentera kafir telah bergerak menggunakan unta. Ia melegakan Rasullullah kerana ia menandakan tentera kafir sedang bergerak balik ke Makkah. Jika ia bertujuan untuk menyerang Madinah, pasti mereka menggunakan kuda. Unta lazim digunakann untuk perjalanan yang jauh.
- Bagaimana pun dipertengahan jalan, tentera kafir telah terfikir untuk menyerang Madinah diketika tentera Islam tewas di Bukit Uhud itu. Lalu Kalid Al-Walid mengarahkan tenteranya untuk berpatah balik menyerang Madinah.
- Dalam pada itu Rasullullah pula telah mengarahkan tenteranya disusun dan mengejar tentera kafir sehingga benar-benar keluar dari bumi Madinah.
- Tentera kafir yang melihat tentera Islam yang sebelum itu telah tewas tetapi masih gagah kembali mengejar musuh merasa gerun dengan kekuatan tentera Islam lalu terus melarikan diri balik ke Makkah.
- Ramai tentera Islam yang syahid dalam peperang Uhud ini termasuklah bapa saudara Nabi saw.
- Syuhadak Uhud itu di semadikan di satu tempat berhampiran dengan Bukit Uhud.
- Dikatakan, semasa satu kejadian banjir kilat, kubur syuhadak Uhud ini telah terbongkar hingga mendedahkan mayat2 syuhadak tersebut. Jasadnya masih utuh.
- Jasad syuhadak tersebut telah dipindahkan ke perkuburan baru tidak berapa jauh dari perkuburan asal.
- Perkuburan syuhadak yang baru itulah yang ada dimasa ini.
(terima kasih Tn Haji Nizar di atas pembetulan fakta)
Pandangan gunung-gunung disekitar Bukit Uhud.
Masjid Uhud berhampiran Bukit Uhud.
Dikatakan kubur asal syuhadak Uhud berada
berhampiran dgn masjid ini sebelum ia dipindahkan
ke lokasi baru akibat banjir.
Masjid Uhud - Perkuburan Syuhadak (Baru) - Bukit Uhud.
Pagar maqam Syuhadak Uhud.
Maqam Syuhadak dan Bukit Pemanah.
Bukit Pemanah dipandang dari maqam syuhadak Uhud (pagar).
Maqam Syuhadak Uhud dalam kawasan berpagar.
Maqam Syuhadak Uhud.
Bukit Pemanah di Uhud.
Di kaki Bukit Pemanah, Uhud.
Kawasan kaki Bukit Pemanah di Uhud. Dikatakan Bukit Pasukan Pemanah ini
dahulunya adalah tinggi, kini telah telah menjadi rendah disebabkan oleh tindakan pengunjung2 mengambil tanah bukit pemanah ini utk dibawa balik.
Bukit Pemanah di Uhud.
Bukit di mana Pasukan Pemanah ditempatkan.
Bukit Pemanah dipandang dari arah belakang.
Bukit yang dikatakan tempat Rasullullah berlindung.
Bukit yang berbentuk dom masjid, dikatakan
tempat Rasullullah berlindung.
Bukit yang berbentuk dom masjid dikatakan
menjadi tempat Rasullullah berlindung.
Istana Raja Arab Saudi dilihat dari Dataran Uhud.
Istana Raja Arab Saudi dilihat dari Dataran Uhud.
Bukit Pemanah dipandang dari arah belakang.
Bukit yang dikatakan tempat Rasullullah berlindung.
Bukit yang berbentuk dom masjid, dikatakan
tempat Rasullullah berlindung.
Bukit yang berbentuk dom masjid dikatakan
menjadi tempat Rasullullah berlindung.
Istana Raja Arab Saudi dilihat dari Dataran Uhud.
Istana Raja Arab Saudi dilihat dari Dataran Uhud.
Assalamualaikum Hj,
ReplyDeleteSaya sama KT58 dengan Hj ke tanah suci tahun 2009. Makluman, bukit yang ramai orang naik dalam gambar tu adalah Bukit Pemanah dimana tentera pemanah Islam berada semasa perang Uhud. Bukit Uhud adalah bukit besar disekeliling dataran Uhud itu. Sepertimana penerangan Ustaz Mohd Zaki pembimbing ziarah...