*gambar seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa*

Saturday, April 10, 2010

35 - Nota Mikat Tempat

Tempat niat ihram Haji / Umrah:

1 - Qarnalmanazil.
Jika penerbangan terus dari Malaysia ke Mekah.
Pakai Ihram di Kelana Jaya.
Niat di atas kapalterbang ketika melintasi Qarnalmanazil.

2 - Bir Ali.
Jika ke Mekah setelah berada di Madinah.
Dari Madinah ke Bir Ali dengan kenderaan yang disediakan.
Pakai Ihram dan Niat sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah.

Mikat Umrah setelah berada di Mekah:
1- Thanaim (lokasi paling dekat)
2- Jahranah
3- Hudaibiah

Setelah berada di Mekah dan ketika menantikan hari wukuf,
jemaah haji yang memilih Haji Tamattuk boleh melakukan
Umrah beberapa kali mengikut kemampuan masing-masing.

Caranya dengan menyewa kereta sewa menuju ke mana-mana
lokasi mikat umrah tersebut dan berniat ihram di sana.
Kemudian kembali ke Mekah dan menyelesaikan tawaf, saie
dan tahallul dengan bercukur.

No comments:

Post a Comment