*gambar seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa*

Sunday, April 18, 2010

38 - Ziarah Rakan Haji - Tuan Haji Jamin


3-4-2010 Ziarah rakan haji di Kg Wang Kelian, Perlis.
Kebetulan pada hujung minggu tersebut saya dan
keluarga menghantar anak ke pusat pengajiannya di Perlis.
Isteri saya mencadangkan supaya kami terus menziarahi
rakan haji kami di Kg Wang Kelian, Perlis.
Alhamdulillah, perancangan kami diizinkan Allah swt.
Kami berjaya menemui rakan haji kami, ia- itu Tn Haji Jamin
dan isterinya Puan Hajjah Syarifah.
Syukor ... Alhamdulillah, mereka sihat wal-afiat.
Melihatkan sambutan yang diberikan oleh keluarga Haji Jamin,
terhadap kedatangan kami, ternyata
mereka amat gembira menerima kedatangan kami.
Kami juga dapat merasai keheningan suasana malam,
apabila dipelawa bermalam di sana.
Waktu pagi hari berikutnya,
kami di bawa ke pasar Wang Kelian yang terletak
di sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Sebelum berpisah, kami sekali lagi dipelawa
oleh keluarga Haji Jamin, supaya datang lagi ke Wang Kelian.

Terima kasih Tn Haji Jamin dan Pn Hajjah Syarifah.





Gambar kenangan bersama Tn Haji Jamin dan Pn Hajjah Syarifah
ketika berada di Tanah Suci, Mekah.
Kami bersama semasa musim haji tahun 2009.



Puan Hajjah Syarifah bersama emak mertua saya,
semasa dalam penerbangan balik ke KLIA.


Tn Haji Jamin dan Pn Hajjah Syarifah,
semasa dalam penerbangan balik ke KLIA.


Tn Haji Jamin ketika berkemas untuk balik ke Mekah
setelah selesai melontar jamrah di Mina.



Tn Haji Jamin dan Pn Hajjah Syarifah,
bersama-sama dalam kumpulan jamrah kami
yang diketuai oleh Ustaz Adam Shyukri.



Gambar kenangan saya bersama Tn Haji Jamin
semasa ziarah kami itu.


Gambar kenangan saya bersama Tn Haji Jamin
semasa ziarah kami itu.



Isteri bersama Pn Hajjah Syarifah.


Alhamdulillah, setelah kami meredah hujan lebat,
tersesat jalan dan memandu dilereng bukit,
akhirkan kami sampai juga ke kediaman keluarga
Tn Haji Jamin dan isterinya di Kg Wang Kelian.



Inilah kali pertama kami sampai di Kg Wang Kelian ini.
Semoga Allah mengizinkan kami berkunjung lagi ke sana.



Nurul Hanis, cepat mesra dgn Tok Wan...





Puan Hajjah Syarifah.


Tuan Haji Jamin.
Aktif dalam Koperasi Pekebun Getah Kg Wang Kelian.

No comments:

Post a Comment