*gambar seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa*

Tuesday, December 29, 2009

23 - Ziarah Masjid Kiblatin - dua kiblat, Madinah.

Nama Masjid Kiblatin ( 2 kiblat ) bersempana dengan peristiwa wahyu turun meminta Rasullullah menukar arah kiblat dari Baitulmakdis ke Baitullah. Ia bertukar arah 180 darjah.

Rasullullah sering disindir oleh kaum Yahudi yang didakwah oleh Rasullullah untuk memeluk Islam dengan mengatakan Rasullullah pun bersembayang berkiblatkan Baitulmakdis iaitu tempat suci ugama Yahudi, lalu bagaimana mereka boleh mengikut Rasullullah. Rasullullah menjadi serbasalah dan ternanti-nantikan wahyu dari Allah swt. Akhirnya wahyu turun dan mengarahkan Rasullullah bersembayang menghadap Baitullah.

Rombongan tidak berhenti melawat masjid ini. Gambar diambil dari atas bas sahaja. Dikatakan dalam masjid ini, masih dikekalkan rupa bentuk arah kiblat yang pertama itu.

Tiada sebarang kelebihan bersolat di masjid ini, ia sama seperti masjid-masjid yang lain.








No comments:

Post a Comment