*gambar seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa*

Wednesday, December 30, 2009

29 - Aksasori Kerja Haji Jemaah Haji Malaysia.


Kad Jemaah Haji bagi menggantikan paspot
dan pengenalan semasa di Tanah Suci. Ia juga
digunakan untuk urusan pengeluaran wang dari
Tabung Haji di Makkah atau Madinah.
Di belakang kad ini akan ditampalkan dengan
maklumat KT, No. Bas, Tempat Penginapan semasa
di Makkah, Araffah, Mina dan Madinah.


Maklumat penginapan di Makkah.


Maklumat penempatan di Araffah dan Mina.


Gelang Getah yang diberikan oleh pihak
Muassasah sejurus sebelum gerak ke Araffah
untuk Wukuf. Ia sebagai pengenalan Jemaah Haji
yang dikendalikan oleh Muassasah. Muassasah
adalah satu-satunya agensi Kerajaan Arab Saudi
yang mengendalikan urusan haji dari awal hingga
akhir di Arab Saudi. Semua paspot jemaah haji
disimpan oleh pihak Muassasah sepanjang jemaah
haji berada di Makkah dan Madinah. Pihak ini juga
yang memastikan semua jemaah haji balik selepas
selesai kerja haji dan mengesahkan jika jemaah haji
mati di Makkah atau Madinah.


Maklumat Hotel, No. Bilik dan No. Bas semasa
di Madinah.


Selipar Jepun - kasut yang paling sesuai untuk
jemaah haji ketika berihram. Ia memenuhi syarat
kasut dalam ihram Haji atau Umrah.


Kelima-lima jari terdedah.


Tumit dan Buku Lali juga terdedah.

No comments:

Post a Comment